Mengenai Kami

Seiketsu ditubuhkan pada 1 Mei 1987. Ia bermula sebagai perniagaan jualan langsung peringkat individu yang penuh cabaran dari sebuah pejabat sewa berkeluasan kurang daripada 200 meter persegi. Walaupun dalam keadaan yang mencabar tanpa sumber kewangan, fizikal, dan tenaga yang mencukupi, kedua-dua pengasas, seorang kakak beradik, melalui ketekunan, semangat juang yang kukuh, dan daya tahan, telah melalui proses pembentukan dan pertumbuhan yang kukuh. Memandangkan dapati model perniagaan jualan langsung sedia ada tidak dapat memberi manfaat kepada semua rakan kongsi yang terlibat, pada tahun 1995, Seiketsu secara rasmi berubah menjadi perniagaan jualan langsung pelbagai peringkat. Melalui penggunaan pengalaman pasaran bertahun-tahun yang terkumpul dan dengan kehendak yang teguh, jualan langsung Seiketsu beransur-ansur terbentuk dan berkembang dengan baik. Dalam tempoh ini, ia melalui krisis kewangan global pada tahun 1997. Dengan memegang prinsip pengurusan berterusan, pengasas-pengasas menyatukan kekuatan kolektif Seiketsu dengan tulus dan memperlihatkan semangat persatuan "bangkit bersama dan bekerja dengan gigih". Walaupun ketika itu terdapat pemecatan meluas dan penutupan perniagaan di pasaran, Seiketsu tidak hanya tidak mengecut, malah memperluas pasukan, terus mengembangkan produk baru, menyuntikkan kehidupan baru, dan mengubah krisis menjadi peluang. Ini membolehkan Seiketsu pulih dengan cepat dan melangkah dengan yakin ke jalan kejayaan.
Pada akhir tahun 2007, Seiketsu melaburkan jutaan ringgit Malaysia untuk membeli sebuah bangunan pejabat di sebuah pusat perniagaan baru di ibu kota Indonesia, Jakarta, dan ia mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2008. Pada 4 Ogos 2010, Seiketsu secara rasmi berpindah dari ibu pejabat lama ke ibu pejabat antarabangsa yang bernilai 15 juta ringgit Malaysia. Ibu pejabat ini mempunyai hiasan lima bintang, ruang yang luas, dan perancangan jabatan yang lengkap, serta bersedia untuk menyambut pertumbuhan perniagaan yang baru.
Pada tahun 2007, Seiketsu membeli bangunan pejabat di sebuah pusat perniagaan baru di Jakarta, Indonesia dengan pelaburan lebih kurang 1 juta ringgit, dan memulakan pengoperasian pada tahun 2008. Pada 4hb Ogos 2010, ibu pejabat Seiketsu berpindah ke Wisma Seiketsu yang bernilai 15 juta ringgit, yang serba lengkap dengan ruang pejabat yang luas serta pembahagian sistem pejabat yang sempurna dalam satu reka-bentuk yang mewah bertaraf 5 bintang! Seiketsu kini bersedia dengan sepenuhnya untuk menghadapi cabaran perkembangan model perniagaan baru yang bertaraf korporat.
Pada masa ini, Seiketsu mempunyai 7 cawangan di Malaysia, iaitu di Ipoh, Butterworth, Johor Bahru, Kota Bharu, Kuantan, Kuching, dan Miri. Seruan kemajuan perniagaan Seiketsu telah berkumandang, dan ia sedang menuju ke arena global yang luas untuk menyambut masa depan yang cerah.

Leonardo Shen bertemu dengan CEO Seiketsu semasa menyertai "Psychology of Vision Workshop" yang diasaskan oleh Dr Chuck Spezzano (American Top 10 Master Psikologi) di Hawaii pada tahun 2002. Mereka saling menyokong semasa menyertai kursus psikologi yang diadakan di seluruh dunia pada 3-4 tahun kemudiannya dan telah membina jalinan persahabatan yang rapat. Dengan jemputan CEO Seiketsu yang ikhlas, Leonardo Shen mengunjungi HQ Seiketsu dan mengenali tentang organisasi dalaman dan sistem Seiketsu. Dia terharu mendapati CEO Seiketsu telah melaksanakan pautan dalaman manusia yang paling bernilai iaitu "kasih sayang" di dalam sistem Seiketsu. Penemuan ini sungguh berlainan dan istimewa berbanding dengan korporat dan syarikat lain yang dikenali sebelumnya. Pada tahun 2010, Seiketsu menubuhkan subsidiari antarabangsa di Taiwan, pada masa yang sama Leonardo Shen menyertai Seiketsu sebagai Pengarah Antarabangsa secara rasmi. Leonardo Shen memiliki kelayakan Ijazah Sarjana dalam Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan juga mempunyai pengetahuan dan pengalaman praktikal dalam pengurusan selama 25 tahun. Pada tahun 2013, Leonardo Shen memegang jawatan serentak sebagai Pengarah Eksekutif di Ibu Pejabat Seiketsu secara rasmi atas jemputan CEO Seiketsu dan Chairlady. Dia berusaha untuk membina sebuah sistem pengurusan untuk perniagaan Seiketsu yang berkekalan dan juga mendorong Seiketsu menjadi sebuah perusahaan perintis generasi baru yang cemerlang di Malaysia pada masa depan.
Leonardo Shen
Pengarah Antarabangsa / Pengarah Eksekutif
Lima Budaya Seiketsu
Ini merupakan budaya utama Seiketsu. Peneraju syarikat memimpin pasukan Seiketsu dengan rasa kasih sayang, dan merealisasikannya menerusi penelitian ke 5 bahagian budaya, iaitu budaya senyum,bersopan-santun, tunduk hormat, suka membaca dan saling kasih-mengasihi.
Budaya Senyum
微笑是人与人之间传达感情最直接及正面的方式,它能给人前进的力量、信心及勇气。微笑也是一种宽容、一种接纳,它可构筑和平、净化心灵以及激发斗志。让微笑的人生,成为乐观的人生。
Budaya Bersopan-santun
Kesopanan merupakan panduan dan spesifikasi kata-kata dan perbuatan untuk saling menyampaikan penghormatan dan persahabatan dalam interaksi menerusi bahasa, ekspresi muka, tingkah laku, dan sikap perbuatan. Kita menyampaikan mesej kasih sayang menerusi tingkah-laku bersopan-santun yang sesuai.
Budaya Tunduk Hormat
Selain menandakan penghormatan terhadap pihak lain, tunduk hormat juga menandakan rasa kesyukuran. Tingkah-laku membongkok dengan indikasi rasa hormat menjadikan seseorang itu disenangi ramai. Banyak rezekinya dan ramai yang sedia membantu, tahap kebahagiaannya juga akan bertambah baik. Rakan sepejuangan Seiketsu menunduk hormat kepada 4 konsep murni - "mencinta, memberi sumbangan, berjasa & membalas jasa masyarakat", menandakan kesediaan mereka untuk berusaha demi tanggungjawab sosial mereka dalam merealisasikan konsep-konsep ini.
Budaya Membaca
Membaca merupakan satu cara untuk memajukan diri. Dalam era informasi abad ke-21 ini, kita boleh mendapat pengetahuan menerusi aktiviti membaca. Membaca membuka minda dan membantu menukarkan ilmu pengetahuan kepada produktiviti, sebagai satu kekuatan untuk menggalakkan perkembangan dan kemajuan sosial. Pembacaan meluaskan pandangan seseorang, menyedarkannya tentang keagungan duniawi dan kehebatan dunia manusia, lantar mencetu scorak pemikiran dan kebijaksanaan yang melepasi pengalaman diri.
Budaya Saling Kasih-mengasihi
Saling Kasih-mengasihi merupakan kesedaran dan perasaan rasa bersyukur, berterima kasih dan menghargai pihak lain. Ia menyedarkan seseorang tentang hubungan di antara dirinya dengan masyarakat am serta orang lain, menjadikan perasaan kasih mesra itu satu budaya yang melepasi diri, langsung membentuk suasana masyarakat bertimbang-rasa yang cenderung ke arah mementingkan diri dan mendahulukan pihak lain.